SMK.DATUK BAHAMAN

Memanfaatkan masa cuti

Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi.  Berbagai-bagai program telah dirancang samada oleh kelaurga atau pelajar sendiri.  Bekerja untuk menambahkan untuk mendapatkan wang saku, melancung, balik ke kampung halaman dan berbagai-bagai lagi.  Namun pelajar harus ingat bahawa disamping program yang dirancang itu masa cuti juga hendaklah digunakan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran mereka untuk tahun yang berikutnya
 
Perkara pertama yang paling penting bagi memanafaatkan cuti ialah perancangan yang teratur.  Ramai juga yang berazam menggunakan masa dengan baik tetapi tidak bertahan lama, banyak perkara yang menyeronokkan yang telah melupakan seorang pelajar tenteng harga masa yang tidak terhingga. Oleh itu anda semua mestilah:

1-Merangka penggunaan masa secara bertulis. Jangan hanya letak dalam otak dan buat apa yang teringat. Kalau mahu berjaya kita perlu buat sesuatu yang lebih dari orang biasa buat.

2-Buat jadual study yg lebih berat dari hari biasa kerana masa cuti anda tidak dibebani dengan tugas2 pelajaran yang lain.

3-Menggunakan kemudahan internet untuk meningkatkan pengetahuan.


4-Menyertai majlis ilmu  seperti kelas tambahan, kem motivasi dan sesi bimbingan boleh disertai untuk menambahkan kemahiran serta meningkatkan aras motivasi diri. 

Read more


Majlis Persaraan Pengetua

Majlis persaraan Tuan Pengetua, Tuan Hj. Mohamaed Saballah Bin Taib telah diadakan dengan jayanya di Dewan Besar sekolah.  Turut menghadiri majlis ini ialah Puan Asfalela Abdullah, wakil PPD dan Encik Khairi Siwok, NYDP PIBG.  Aturcara majlis ialah :

  • Perarakan
  • Pemeriksaan barisan unit beruniform
  • Ucapan oleh wakil pelajar, wakil guru dan kakitangan,wakil PIBG dan wakil PPDT
  • Ucapan Pengetua
  • Persembahan multimedia
  • Persembahan pelajar dalam pelbagai bahasa
  • Sesi fotografi
  • Solat zohor dan solat hajat berjemaah
  • Upacara melepaskan belon sebagai   simbol ucapan selamat tinggal





video


    Persembahan multimedia oleh Puan Shahnaz Shahabudin

    Read more


    Larian 1 Sukan 1 Murid 1 Malaysia

    Read more


    Sejarah Sekolah


    Sekolah ini merupakan sekolah menengah aliran Melayu pertama di Lanchang yang melaksanakan peperiksaan awam. Sekolah ini dibina untuk mengatasi masalah pelajar dari kawasan luar bandar yang terpaksa melanjutkan pelajaran ke bandar iaitu ke Mentakab dan Temerloh. Masalah pengangkutan yang mendesak  menyebabkan sekolah ini dibina untuk menampung  pelajar-pelajar dari kawasan sekitar yang  keciciran kerana gagal   hadir ke sekolah akibat kurangnya  pengangkutan awam sekitar tahun 1960an.
    Sekolah ini dibuka pada 11 Januari 1965 atas nama Sekolah Menengah Aneka Jurusan, Rantau Panjang, Lanchang. Sesi persekolahan kali pertamanya hanya dimulakan dengan pendaftaran 46 orang murid Oleh sebab semasa sesi persekolahan dimulakan sekolah ini masih belum ada bangunan sendiri maka  pelajar-pelajar sekolah ini telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang dengan pembelajaran dijalankan pada sesi petang.
    Setelah mempunyai bangunan sendiri, sekolah ini memulakan sesi  pengajarannya di bangunan sendiri pada 20 Mei 1968. Ketika itu sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Lanchang. Kedudukannya kira-kira 0.8 km dari   Pekan Lanchang di Jalan Mentakab-Karak.  Akibat kepesatan pertambahan guru dan muridnya sekolah ini terus berkembang dan pada tahun 1976 Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan pembinaan sebuah bangunan tambahan dua tingkat  , bangunan Seni Perusahan dan bangunan asrama. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1981 dan mula digunakan pada tahun 1982. Dari sebuah sekolah menengah rendah, sekolah ini terus berkembang menjadi sekolah menengah atas pada tahun 1982 apabila Jabatan Pelajaran Pahang membenarkan pembukaan kelas tingkatan empat yang pertama di sekolah ini. Mulai tarikh itu sekolah ini ditukar namanya menjadi Sekolah Menengah Datuk Bahaman, Lanchang seterusnya dikenali dengan nama SMK Datuk Bahaman dengan motonya juga ditukar daripada ‘CITA-CITA USAHA JAYA kepada USAHA JAYA. Nama tersebut mengambil sempena nama seorang pahlawan Melayu tempatan iaitu Datuk Bahaman. Pada tahun 2004 pula SMK Datuk Bahaman mula menawarkan pengajian di tingkatan 6 dalam jurusan Kemanusiaan.
     Pada mulanya sekolah ini hanya menerima murid-murid daripada empat buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Sekolah Kebangsaan Lubuk Terua,Sekolah Kebangsaan Kuala Kaung dan Sekolah Kebangsaan Bolok. Pada tahun
    1976 sekolah ini mula menerima murid-murid bukan bumiputra untuk kelas peralihan dari sekolah-sekolah di sekitarnya iaitu SRJK (C) Lanchang, SRJK (C) Ladang Sungai Kawang, SRJK  (T) Ladang  Lanchang dan SRJK (T) Ladang  Sungai Kawang. Pertambahan ini menjadi ketara apabila Felda dibuka berhampiran dengan kawasan Lanchang, sekolah ini pula menerima pula murid dari Sekolah Kebangsaan (F) Bukit Damar dan Sekolah Kebangsaan (F) Lakum bagi melanjutkan pelajaran mereka.
      SMKDB mermpunyai kawasan yang luas iaitu kira-kira 6.5 hektar (16 ekar) dengan sebuah padang  bola sepak dan gelanggang tenis. Sekolah ini terletak berhampiran lebuh raya Pantai Timor dan Lebuh Raya Kuala Lumpur- Kuantan. Hal ini memberi kemudahan dari segi perhubungan. Sekolah ini mendapat bekalan elektrik dan air untuk kemudahan kakitangan dan pelajar juga kemudahan telefon untuk hubungan yang cepat. Sekolah ini juga dilengkapi dengan tiga blok asrama  iaitu satu blok asrama putera dan dua blok asrama puteri , sebuah dewan makan.
     Hambatan teknologi dan keperluan pembelajaran semasa menyebabkan SMKDB terus berkembang dengan pembinaan bangunan tambahan termasuklah pembinaan  Dewan Besar , Bangunan Makmal Sains. Makmal Komputer, Bilik Kebal, Makmal Bahasa  dan Kantin serta Bilik Akses. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan SMKDB juga akan dilengkapkan  dengan dua blok  Bangunan Asrama , Surau dan Dewan Makan yang dijangka siap pada  bulan Ogos 2008.
     Kini SMK Datuk Bahaman dipilih menjadi salah sebuah sekolah kawalan di negeri Pahang yang menempatkan pelajar-pelajar cemerlang  UPSR  yang dikenali sebagai sekolah Rancangan Khas sepenuhnya mulai tahun 2008.


    Read more


    Iblis Menceritakan Fadilat Puasa

    Rasulullah s.a.w. ada menyoal Iblis tentang puasa di bulan Ramadhan,jawab Iblis, "Ya Rasulullah! Inilah satu bencana yg amat besar bagiku.Bila tibanya bulan ini akan bersinarlah cahaya di Arasy serta Kursi dan semua malaikat bersukaria.Bagi mereka yg berpuasa akan mendapat kurnia yg besar dari ALLAH.Dosa mereka akan diampuni dan digantikan dengan pahala kebajikan serta tidak akan ditulis kesalahan mereka selama berpuasa." "Yg lebih menyakitkan hatiku ialah semua isi langit dan bumi serta semua makhluk yg bernyawa sentiasa mendoakan mereka siang dan malam memohon keampunan.Bagi mereka yg berpuasa juga akan dimerdekakan oleh ALLAH setiap hari dari Ramadhan dengan seribu kemerdekaan dari azab neraka serta semua pintu neraka akan ditutup dan dibukakan semua pintu syurga.Pada hari bermulanya umatmu berpuasa,datanglah para malikat kepadaku dengan garangnya lalu menangkap aku bersama dengan bala tentera aku yg terdiri dari jin,syaitan dan ifrit." "Dipasangkan pada kaki dan tangan kami dengan rantai besi panas lalu dimasukkan kami ke dalam perut bumi yg paling bawah sekali.Disini kami mendapat berbagai azab siksaan dan terpaksa menunggu sehingga umatmu selesai mengerjakan puasa.Selepas itu barulah kami dibebaskan ini supaya umatmu merasa kesenangan dalam mengerjakan ibadat puasa." Begitulah cerita Iblis kepada Rasulullah,amatlah ruginya kita jika tidak mengambil kesempatan ini dikala semua bangsa jin dan syaitan telah dirantai oleh ALLAH S.W.T.

    Read more


    Blog baru

    Sedang mengusahakan blog baru untuk sekolah....

    Read more


    Hubungi

    dalam pembinaan

    Read more

    SMK DATUK BAHAMAN. Powered by Blogger.

    MAKLUMAN

    PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 : 13 OKTOBER 2011 - 4 NOVEMBER 2011 AKTIVITI SELEPAS PMR BERLANGSUNG

    About This Blog

    Labels

    Followers

    Sponsored By