SMK.DATUK BAHAMAN: Artikel
Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Memanfaatkan masa cuti

Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi.  Berbagai-bagai program telah dirancang samada oleh kelaurga atau pelajar sendiri.  Bekerja untuk menambahkan untuk mendapatkan wang saku, melancung, balik ke kampung halaman dan berbagai-bagai lagi.  Namun pelajar harus ingat bahawa disamping program yang dirancang itu masa cuti juga hendaklah digunakan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran mereka untuk tahun yang berikutnya
 
Perkara pertama yang paling penting bagi memanafaatkan cuti ialah perancangan yang teratur.  Ramai juga yang berazam menggunakan masa dengan baik tetapi tidak bertahan lama, banyak perkara yang menyeronokkan yang telah melupakan seorang pelajar tenteng harga masa yang tidak terhingga. Oleh itu anda semua mestilah:

1-Merangka penggunaan masa secara bertulis. Jangan hanya letak dalam otak dan buat apa yang teringat. Kalau mahu berjaya kita perlu buat sesuatu yang lebih dari orang biasa buat.

2-Buat jadual study yg lebih berat dari hari biasa kerana masa cuti anda tidak dibebani dengan tugas2 pelajaran yang lain.

3-Menggunakan kemudahan internet untuk meningkatkan pengetahuan.


4-Menyertai majlis ilmu  seperti kelas tambahan, kem motivasi dan sesi bimbingan boleh disertai untuk menambahkan kemahiran serta meningkatkan aras motivasi diri. 

Read more


Iblis Menceritakan Fadilat Puasa

Rasulullah s.a.w. ada menyoal Iblis tentang puasa di bulan Ramadhan,jawab Iblis, "Ya Rasulullah! Inilah satu bencana yg amat besar bagiku.Bila tibanya bulan ini akan bersinarlah cahaya di Arasy serta Kursi dan semua malaikat bersukaria.Bagi mereka yg berpuasa akan mendapat kurnia yg besar dari ALLAH.Dosa mereka akan diampuni dan digantikan dengan pahala kebajikan serta tidak akan ditulis kesalahan mereka selama berpuasa." "Yg lebih menyakitkan hatiku ialah semua isi langit dan bumi serta semua makhluk yg bernyawa sentiasa mendoakan mereka siang dan malam memohon keampunan.Bagi mereka yg berpuasa juga akan dimerdekakan oleh ALLAH setiap hari dari Ramadhan dengan seribu kemerdekaan dari azab neraka serta semua pintu neraka akan ditutup dan dibukakan semua pintu syurga.Pada hari bermulanya umatmu berpuasa,datanglah para malikat kepadaku dengan garangnya lalu menangkap aku bersama dengan bala tentera aku yg terdiri dari jin,syaitan dan ifrit." "Dipasangkan pada kaki dan tangan kami dengan rantai besi panas lalu dimasukkan kami ke dalam perut bumi yg paling bawah sekali.Disini kami mendapat berbagai azab siksaan dan terpaksa menunggu sehingga umatmu selesai mengerjakan puasa.Selepas itu barulah kami dibebaskan ini supaya umatmu merasa kesenangan dalam mengerjakan ibadat puasa." Begitulah cerita Iblis kepada Rasulullah,amatlah ruginya kita jika tidak mengambil kesempatan ini dikala semua bangsa jin dan syaitan telah dirantai oleh ALLAH S.W.T.

Read more

SMK DATUK BAHAMAN. Powered by Blogger.

MAKLUMAN

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 : 13 OKTOBER 2011 - 4 NOVEMBER 2011 AKTIVITI SELEPAS PMR BERLANGSUNG

About This Blog

Labels

Followers

Sponsored By